Monday, October 17, 2011

Recycle Bin hilang dari desktop

Recycle Bin adalah tempat simpanan sementara untuk file yang dipadam/dibuang oleh pengguna bagi sistem operasi microsoft windows. Ikon Recycle Bin yang kelihatan seperti tong sampah kebiasaannya dipaparkan di atas desktop. File yang mana telah dipadam/dibuang disimpan di sini sebagai satu langkah keselamatan mengelakkan insiden tersilap padam/buang. Sekiranya ia berlaku, pengguna boleh right-click pada ikon tersebut dan pilih menu "explore" untuk mengembalikan file tersebut.

Terdapat keadaan tertentu di mana ikon Recycle Bin mungkin hilang dari desktop. Adakalanya ia berlaku akibat kesilapan ketika anda sedang mengemaskan ikon-ikon di atas desktop. Untuk mengembalikan semula Recycle Bin ke tempat asalnya, anda hanya perlu right-hand click pada kawasan desktop, pilih menu "Properties". Dialog Window akan memaparkan panel tab. Pilih tab "desktop" dan seterusnya pilih butang "restore default" (lihat gambar 2). Kini sepatutnya anda boleh melihat semula Recycle Bin itu.

Bagaimana jika ia masih tak muncul?

Ada kemungkinan Windows Registry anda mengalami kerosakan. Aktiviti gelintar maklumat di Internet agak menghampakan saya sehinggalah saya terjumpa satu website yang menerangkan bagaimana membaiki Windows Registry. (http://www.bullguard.com/support/tech-guides/how-to-repair-recycle-bin.aspx)

Anda hanya perlu download text file yang tersebut, tukar file extension daripada ".txt" kepada ".reg" dan double-click file tersebut. Kemudiannya anda kembali semula ke desktop, right-hand click ia dan pilih menu "refresh". Recycle Bin seharusnya muncul semula sekarang.

Ingin tahu bagaimana Recycle Bin berfungisi? http://www.pandorarecovery.com/knowledge_base/general/recycler.php

Tuesday, October 4, 2011

Alternatif untuk Adobe Acrobat Reader

Dokumen dari jenis 'Portable Document Format' (PDF) sangat berguna untuk penyebaran maklumat tanpa mengira platform komputer yang kita gunakan. Untuk membaca kandungan dokumen jenis ini, kita memerlukan program pembaca Adobe Acrobat yang boleh dimuat turun secara percuma dari Adobe.

Di samping program Adobe Acrobat yang merupakan program asal untuk membaca dokumen PDF, terdapat juga program-program pembaca PDF yang lain yang dibangunkan oleh pihak ketiga. Pada pendapat saya, program ini ada kelebihan berbanding Acrobat Reader.

Sebagai contohnya, program pembaca FoxitReader. Program ini bersaiz kecil dan telah disediakan di dalam pakej portable yang bererti, ia tidak perlu dipasang ke dalam windows. Pengguna hanya perlu memuatturun 'FoxitReader Package', unzip kandungannya ke dalam komputer dan jalankan program ini. Pakej ini lebih fleksibel kerana ia langsung tidak mengganggu sistem registri windows maka oleh itu  ia boleh dibuang dari komputer pada bila-bila masa tanpa menjejaskan registri windows.

Di sini, saya sediakan pautan muat turun untuk pakej terkini bagi FoxitReader seperti di bawah:

http://www.mediafire.com/file/wsd4qcqgi045to5/FoxitReaderPortable.zip

Jika anda menggunakan laptop bersaiz kecil (skrin bersaiz 8 inci lebar dan ke bawah), anda mungkin akan menghadapi masalah untuk melihat keseluruhan paparan dialog window. Saya syorkan anda muat turun pakej FoxitReader yang berikut (versi lama):

Kunjungan ke Perpustakaan Negara 2011

Pada hari ini saya berkunjung ke Perpustakaan Negara. Kali terakhir saya ke sana adalah pada tahun 1995. Kunjungan pertama itu tidak begitu menarik hati; buku-buku lama dan koleksi terhad. Selepas itu saya tidak terasa mahu berkunjung lagi. Sehinggalah baru-baru ini apabila saya melawati laman web Perpustakaan Negara, saya dapati terdapat kemudahan baru yang mungkin berguna untuk kerja penyelidikan saya. Jadi, saya berkunjung lagi kali ini.

Terdapat banyak perubahan kini; parkir bertingkat percuma, Kemudahan Internet percuma, Pendaftaran keahlian yang mudah, dan sistem peminjaman buku yang canggih.

Namun, setelah tiba ke tempat  yang betul, saya merasa kecewa. Buku yang saya cari tidak ada di sana. Buku-buku lain bersepah dan tidak teratur. Pustakawan tidak berada di kaunter dan sistem carian komputer seolah-olah tidak wujud.

Kelebihan di sini hanyalah bilik berhawa dingin yang senyap; sesuai untuk membuat kerja peribadi atau hanya untuk lelap di tengahari.

Saturday, October 1, 2011

Pelajaran Yang Dipelajari Dari Telekesihatan

Sebuah pembentangan akademik telah dilangsungkan di "The Legend Hotel" pada hari khamis beberapa hari lepas. Saya tidak hadir di sana tetapi saya telah berpeluang membaca sinopsis pembentangan.

Salah seorang peserta membentangkan kertas tentang projek Telehealth di Malaysia; dirintis di Johor dan Sarawak. Di penghujung pembentangannya, beliau menyebut salah satu "Lessons Learned" adalah bagaimana pentingnya ketelusan perjanjian antara pihak jabatan dengan pemaju sistem IT supaya kos dibelanjakan dengan berhemah.

Pada pandangan saya, perkara tersebut sepatutnya bukan "Lessons Learned". Sebagai penjawat awam, beliau seharusnya tahu bahawa sesebuah projek yang besar memerlukan jawatankuasa pemandu. Pemilihan kontraktor pula sepatutnya harus dibuat melalui sistem tender terbuka. Jika pemilihan dibuat melalui sistem ini dan jika jawatankuasa pemandu telah memantau projek ini dengan baik, kos sudah tentu dapat dibelanjakan dengan berhemah. Fakta buku teks. Maka, langsung tidak ada penemuan baru di dalam pembentangan ini melainkan beliau sendiri sahaja yang baru belajar tentang ini.

Monday, January 14, 2008

Geography, Technology, and War: Studies in the Maritime History of the Mediterranean, 649-1571 Terjemahan Bab 2.Kapal (The Ships)

Kapal Perang

Semenjak dari Zaman Pertengahan hinggalah abad ke16, senjata utama bagi kuasa-kuasa yang bertanding di Lautan Mediterranean adalah kapal dayung ringan (light war galley). ...
Pada zaman awal Byzantine sedikit perubahan dibuat terhadap galley lalu menghasilkan dromon.
1) Dromon
2) Chelandion
3) Pamphylos
4) Galley
Penulis menggunakan istilah Dromon bagi merujuk kepada jenis-jenis kapal di atas kerana pada anggapannya tidak ada banyak beza di antara jenis-jenis tersebut.

Procopious, orang yang pertama menyebutkan tentang dromon pada abad ke 6 berkata satu barisan pendayung tetapi pada abad ke 9 Leo Vi menyebutkan terdapat 2 barisan pendayung di dalam Naumachicha.

Penujah 'Ram' (dipanggil rostrum) digantikan dengan muncung (dipanggil calcar). tujuasnnya bukan untuk menghentam kapal lawan tetapi untuk bertindak sebagai jambatan bagi membolehkan anak kapal menyeberang ke arah kapal lawan.

Sumber Byzantine yang lain juga menyebutkan muncung ini turut digunakan untuk merosakkan bahagian dayungan kapal lawan.

Tumpuan perkapalan laut kini beralih daripada memusnahkan kapal lawan kepada menawannya. Hal ini demikian sehinggalah kaedah peperangan seperti ini berakhir di Mediterranean. Pada abad ke 7, senjata penyerang dromon adalah Greek Fire, sejenis bhan bakaran. Pada masa yang sama layar segiempat digantikan dengan layar segitiga dan lebih dari satu tiang layar telah digunakan. ...

...

Tidak banyak diketahui tentang pembinaan kapal perang Muslim walaupun ada sumber Byzantine yang mengatakan ianya lebih kecil dan perlahan berbanding dromon.Tidak terdapat tanda kewujudan galley Muslim sebelum abad ke14. Dengan mengandaikan bahawa orang-orang Arab mengambil kapal-kapal dari orang Medterranean yang ditawan dan kemungkinan nama-nama Byzantine diserap ke dalam bahasa Arab maka secara amnya, walaupun ada sedikit perbezaan, kapal perang Muslim tidak jauh bezanya dari Byzantine. Yang nyata, teknologinya tidak juah ketinggalan.

Pada abad 10 dan 11, kerajaan Fatimid menggunakan kapal perang, asatil dan marhab harbi, dan galley, shini, dan abad ke12 tentera Salahuddin Mesir mempunyai galley, shini, dari dua jenis; ghurab dan musattah. Galley seperti itu mempunyai seramai 140 orang pendayung termasuk kelasi, pelayar dan pegawai tetapi kebanyakan saiz kapal adalah kecil dari itu. Perkataan Greek shini dan shalandi turut digunakan di dalam bahasa Arab.

Chartes memberitahu kita bahawa kapal Mesir mempunyai paruh meskipun dia menggunakan istilah rostrum untuk paruh (naves rostratae). Walau bagaimanapun, olehkerana dia menggunakan frasa yang sama terhadap galley dari tenetra Itali pada zaman yang sama, menunjukkan dia memaksudkan paruh dan bukannya penujah. Menurut Ibn Al-Manqali, penulis Mesir pada abad ke14 yang menyerjemahkan Tactica karangan Leo IV, shini Muslim mempunyai dua pelantar dayungan sepertimana Byzantine. Bagaimanapun, bukti pemindahan rekaan abad ke14 Muslim dari abad ke9 Byzantine tidak dapat menjadi bukti kukuhbagi menyokong rekaan mereka pada abad ke9 dan ke10.Procopous menyatakan dromon Byzantine pada abad ke6 mempunyai hanya satu pelantar dayungan dan barangkali shini Muslim mempunyai satu shaja pelantar dayungan.

Dari hujung abad ke11 dan lebih nyata lagi abad ke12, bukti tentang sifat galley perang Itali mula dikumpulkan. ... Hanya dua ciptaan atau tambahan dibuat, tiang lyar kedua dan 3 orang pendayung bagi setiap bangku hingga akhir abad itu dan abad ke14.

Statik terpeinci yang terawal berkenaan bukaan galley diambil dari arkib Angevin di Naples yang kini arkib itu pun telah musnah. ...

Pembinaan semula galley ini menujukkan secara jelas bahawa kerangka dayungannya adalah besar. ... Kapal sebegini adalah kerdil berbanding kapal besar bulat pada zaman itu, yang boleh memuatkan 800 tan metrik.

Pada zaman pertengahan berikutnya kapal perang galley di kedua-dua bahagian Mediterranean terbahagi kepada beberapa jenis. ... Di Lepanto, armada Venice dan Liga Suci merangkumi 6 galley yang besar, galeazze, yang memainkan peranan penting di dalam peperangan tersebut.

Apa pula galley perang Muslim pada akhir Zaman Pertengahan dan abad ke 16? Di dalam sumber Uthmaniyyah, kaliyota atau kalita, perkataan Itali galiotta yang telah dipinjamkan ke dalam bahasa Turki digunakan untuk galley bagi saiz yang kecil daripada ukuran biasa. Ia merupakan pengangkutan pilihasn Amir Ghazi di abad ke14 dan corsair Muslim secara amnya di sepanjang Mediterranean pada hujung Zaman Pertengahan dan abad ke16. Demikian juga gripar atau igribar. Kadirga, dari perkataan Byzantine Greek untuk armada, merupakan kapal kegunaan biasa Uthmaniyyag, yang sama dengan galea sottile. Mavna adalah setanding dengan galley besar, galeazza. Sebagai tambahan, Uthmaniyyah menggunakan perkataan bastarda, bagi galley yang besar dari kadirga tetapi kecil dan rendah parasnya berbanding mavna, untuk kegunaan laksamana. Mereka juga mempunyai kapal artileri khas dan pngangkutan kuda, dan pada abad ke16, galleons (kapal besar dengan tiga layar). Corsairs memilih kalita yang kecil dan pantas. Sedikit pula diketahui tentang kapal Mamluk Mesir dan kerajaan Maghribi. Kerajaan Nasrid Granada dalam abad ke14 menggunakan galeote, sebagaimana Corsair Barbari dari Tunisia pada abad ke 16. Walaupun maklumat ini sedikit, cukup pasti pembahagian kepada dua jenis galley ringan dan galliot di dalangan tentera Kristian Barat dan orang Turki, turut sama berlaku di dalam tentera Muslim. Kelihatannya galley ringan tentera Muslim pada abad ke16 terkenal dengan saiznya yang kecil, rendah paras, laju ketika menggunakan layar tetapi perlahan bila didayung berbanding galley ringan Kristian Barat.

Berikutan dari penaklukan Byzantine dari Latin tahun 1261, Michael VIII Palaeologus membina semula armada Byzantine sehingga ia menjadi kuasa hebat di Aegean. Bagaimanapun, usahanya musnah apabila penggantinya Andronicus II menggantikannya, dan semenjak itu, kecuali usaha John VI Cantacuzenus tahun 1347-9 untuk menyusun semula armada Byzantine, kerajaan Byzantine tidak lagi menjadi faktor utama di Mediterranean. Tentera dari Byzantine dan Greek dari jajahan Byzantine yang jatuh ke tangan Turki beroperasi sebagai corsair tetapi era kekuasaan laut Byzantine telahpun tamat. Walaupun tiada kajian dibuat terhadap kapal Byzantine, ataupun corsair Greek Uthmaniyyah, terdapat sebab yang terlalu kecil untuk mendakwa mereka berbeza dari Galley dan Galliot Barat dan Turki.

Friday, January 11, 2008

Geography, Technology, and War: Studies in the Maritime History of the Mediterranean, 649-1571 Terjemahan Bab .Kapal (The Ships)

Agak mustahil untuk menjejaki secara terpeinci keseluruhan sejarah kapal dan pembinaannya di Mediterranean dari zaman Rom sehingga abad ke 16 (nota#1). Kajian tersebut tidak perlu kerana tumpuan kami adalah terhadap jenis-jenis utama kapal pendayung perang dan kapal dagang. Ciri-ciri kapal-kapal ini berkait dengan masalah kualiti, kemampuan dan batasan logistik yang mempengaruhi peperangan laut dan lalulintas maritim.

KAPAL DAGANG

(dari awal zaman pertengahan sehingga akhir abad ke-13)

Maklumat tentangnya terlalu sedikit. Bagi kapal layar angin, maklumat tentang pembinaannya hanya diperolehi dari pertengahan zaman byzantine. Penemuan terbaru di dalam bidang arkeologi laut menokok maklumat sedia ada yang diambil dari sumber bertulis dan sejarah seni budaya (nota#2). Sekitar abad ke 7, beberapa perubahan pertama berlaku di hujung zaman Rom. Saiz kapal semakin mengecil, atau setidak-tidaknya kapal-kapal besar Empayar Rom sudah tiada lagi (nota#3). Kaedah lama, iaitu menghasilkan kapal yang kuat tetapi memakan kos, tenaga dan masa telah ditinggalkan. Kaedah baru dimulai dengan pembinaan rangka dan diikuti dengan pemasangan dinding dengan cara dipaku ke rangkanya. Kaedah ini bermula pada abad ke 7 dan digunapakai sepenuhnya pada abad ke 11 (nota#4).

Dalam tempoh yang sama, layar segiempat digantikan dengan layar segitiga (lateen sails). Malahan, layar segitiga mungkin berasal dari layar segiempat bentuk lama yang (tidak seperti bentuk moden) tidak berpusing secara horizontal pada tiang layar tetapi dipautkan salah satu daripada bahagian tepinya kepada tiang tersebut.

Kapal dagang empayar Byzantine dari abad 7 ke 11 biasanya bersaiz kecil, kurang 250 tan, menggunakan satu layar segitiga, di kemudikan oleh 2 pengayuh, bucu hadapan berbentuk kelok dan tidak mempunyai buritan(nota$7). Inilah ciri kebiasaan kapal layar di Mediterranean sehingga akhir abad ke 13.

Bukti pembinaan kapal di Zaman Byzantine, jika dapat ditemui, mungkin dapat dijejaki melalui Dunia Islam. Barangkali kerana larangan orang Islam pada zaman awal untuk melukis bentuk manusia, hanya terdapat sedikit lakaran kapal Muslim sebelum abad ke13(nota#8). Walaupun terdapat sedikit perbezaan di antara satu kapal dengan yang lain, tidak wujud kesangsian bahawa rekabentuknya berbeza jauh dari rekabentuk Byzantine.

Selepas penaklukan pertama, orang Muslim menggunakan kapal-kapal yang diambil dari model orang-orang Mediterranean terutamanya orang Byzantine (nota#9). Nama Qarib atau carabi diambil dari perkataan Greek (nota#10). Bagaimanapun, orang Muslim mungkin juga telah memperkenalkan sesetngah jenis kapal dari Laut Merah atau Lautan Hindi. Tarida, contohnya, telah diambil dari perkataan arab 'tarida' yang asalnya kayak yang digunakan di Laut Merah.

Dalam abad 10 hingga 12 , pedagang Muslim terutamanya orang-orang Mesir menggunakan kapal layar segitiga dan dikemudiakan oleh pengayuh.

...

KAPAL PERANG (p 57)

Sepanjang Zaman Pertengahan sehingga penghujung abad ke16, senjata penyerang utama ialah kapal dayung ringan Galley.

Geography, Technology, and War: Studies in the Maritime History of the Mediterranean, 649-1571 (Past and Present Publications)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us




Free Image Hosting at www.ImageShack.us




Free Image Hosting at www.ImageShack.us




Free Image Hosting at www.ImageShack.us